BEKAS Bendahari Pemuda PAS Kedah, Basir Ismail bertindak meninggalkan parti itu untuk menyertai parti Amanah kawasan Kubang Pasu.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh yang berkata, Basir telah menyerahkan borang menyertai Amanah kepada Presiden, Datuk Seri Mohamad Sabu Ahad lalu, lapor Harapandaily.
Selain Basir, Dr Ismail memaklumkan seorang lagi penyokong tegar PAS, Jamal Nasir juga bertindak meninggalkan PAS untuk menyertai Amanah.
Jamal adalah calon PAS Parlimen Kubang Pasu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
“Mereka berdua juga adalah penggerak utama Majlis Daerah Kubang Pasu ketika pemerintahan Pakatan Rakyat semasa Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak menerajui Kerajaan Negeri Kedah.
“Muak dengan gelagat kepimpinan PAS sejak kebelakangan ini menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap parti tersebut dan menyertai Amanah,” katanya. – Malaysiapost