‘Saya buka tudung sebab tak nak hipokrit, jadi diri sendiri’ – Alya Iman

PELAKON, Alya Iman, menjelaskan keputusannya untuk membuka hijab kerana tidak mahu hipokrit dan menjadi diri sendiri.

Alya atau nama sebenarnya, Nur Alya Iman Azmil, 22, memaklumkan tindakan itu sudah diketahui mereka yang rapat dengannya sebelum memuat naik gambar dan video di media sosial.

“Keluarga dan teman rapat memang tahu saya tidak lagi berhijab. Cuma, saya memilih untuk tidak berkongsi mengenainya dalam media sosial.

“Sebelum ini, saya memang berperang dengan diri sendiri adakah saya sudah bersedia dengan kecaman netizen jika kongsi penampilan baru dalam media sosial.

“Selepas mendapat persetujuan keluarga dan teman rapat, saya nekad untuk berkongsi perubahan imej dengan khalayak.

“Tak dinafikan ada juga rasa sedih bila netizen memberi komen negatif dan mendoakan yang buruk-buruk kepada saya.

“Namun, saya terima sahaja apa komen diberikan dengan hati terbuka. Sekurang-kurangnya saya lega kerana tak perlu sorok-sorok lagi,” katanya dipetik BH, hari ini.

Ditanya sama ada keputusan membuka tudung dibuat kerana terpaksa, Alya menafikannya.

“Keputusan tidak lagi bertudung dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan kerana nak kahwin ataupun tuntutan kerja.

“Nak kahwin macam mana, teman lelaki pun belum ada lagi,” kata anak kepada pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Azmil Mustapha ini.

Terdahulu, Alya memuat naik gambar dan video tanpa mengenakan hijab dengan gaya rambut berombak dalam persalinan busana raya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights