Anwar bersenam hadapi jadual padat Rumah Terbuka Aidilfitri

MAHU terus kekal sihat dan cergas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mencuri masa bagi melakukan aktiviti riadah dan senaman di sekitar kawasan perumahannya, pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar dilihat melakukan aktiviti riadah termasuk berlari dan senaman menggunakan ‘battle rope’ dengan diiringi pengiring serta jurulatihnya.

“Pagi tadi meluangkan masa bersenam dan jogging di sekitar rumah. Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Hantaran yang dimuat naik pagi tadi itu mendapat perhatian netizen dengan rata-rata mendoakan Anwar terus diberi kesihatan yang baik untuk mendepani tugasan padat sebagai Perdana Menteri.

“Moga dapat buat jogging perdana bersama rakyat suatu hari nanti. Keep good health DSAI,” tulis Zoul Rahman.

“Alhamdulillah.. Moga Allah memberikan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan mentadbir negara buat DSAI. Aamin,” tulis Abdul Latif Ibrahim

Terdahulu, Perdana Menteri dijadual menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam lokasi bermula dengan lokasi pertama di Alor Setar, Kedah, Sabtu ini.

Selain itu, majlis sama turut dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei) dan Terengganu (13 Mei). – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights