PENYANYI dan pelakon, Naim Daniel, 25, mengalami cedera ringan di tangan kanan dan dahi selepas terkena percikan mercun bola di halaman rumahnya.
Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin memaklumkan perkara itu dalam hantaran Instagramnya, malam tadi.
“Jangan main mercun bola please,” tulisnya ringkas.
Dalam hantaran dengan kapsyen nasihat itu, Naim turut menyertakan gambar tapak tangan kanannya dan dahi yang cedera akibat bermain mercun bola.
Dia yang tidak berbaju tidak menunjukkan tanda kesakitan dan sebaliknya dilihat bersahaja seperti tiada apa-apa berlaku.
Hantaran ini mendapat reaksi pantas daripada rakan-rakan artis yang memberikan komen mereka antaranya Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, sepupunya Sissy Iman dan ramai lagi.
“Ngko ni,” komen Daiyan Trisha,
“Sigh, kan dah kata jangan main mercun kalau takde i,” kata Nadhir.
“Elok nurse dressing (cuci luka) tadi tekan ja lagi luka awak toh,” tulis Sissy Iman .
Pengikut Instagram penyanyi itu turut menzahirkan simpati kepadanya, selain menasihatkan Naim supaya lebih berhati-hati kelak. – Malaysiapost