Plaza tol Gombak hala ke ibu negara sesak

Plaza tol Gombak hala ke ibu negara sesak

ALIRAN trafik sesak di Plaza Tol Gombak menghala ke arah ibu negara petang ini. 

Berdasarkan ciapan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan berlaku susulan warga kota mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, laluan tersebut mengamali kesesakan setakat pukul 1.36 tengah hari tadi.

“Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) mengalami trafik perlahan sebelum keluar Plaza Tol Gombak arah Kuala Lumpur.

“Turut sesak dari Lentang ke Bukit Tinggi arah Kuala Lumpur,” ciap Twitter tersebut. – Malaysiapost

Komen