Strok haba ragut nyawa kanak-kanak berumur 1 tahun

SEORANG Kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah meninggal dunia kelmarin, dipercayai kerana strok haba. 

Bapa kanak-kanak itu, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, berkata anak tunggalnya, Nur Imani, batuk sejak seminggu lalu dan muntah-muntah beberapa hari selepas itu.

Katanya, Nur Amani telah dibawa dari rumahnya di Kampung Kota, Kota Bharu ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II Isnin lalu dan doktor yang merawat memberi ubat dan meminta anaknya dibawa pulang.

Keadaan anaknya semakin teruk selepas itu dan Ahmad Faris mendapati anaknya telah meninggal dunia kira-kira jam 7.20 pagi Selasa.

“Punca kematian hasil bedah siasat ialah strok haba. Air dalam badan semua kering. Paru-paru sudah kecut,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Kelmarin, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba dan dehidrasi.

Muhamad Syamil Aqil, menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok, jam 9.27 pagi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights