BN sebulat suara pertahan Kerajaan Perpaduan

DEWAN Tertinggi Barisan Nasional (BN) setuju sebulat suara untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dalam masa yang sama, BN akan terus komited bersama-sama membangunkan agenda rakyat.

Menurutnya, BN juga membincangkan secara mendalam persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Perbincangan juga membabitkan model kerjasama di antara BN bersama parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Zambry berkata, Presiden parti komponen BN turut merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden Umno yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti sesi 2023-2026.

“Turut dirakamkan tahniah kepada seluruh kepimpinan Majlis Tertinggi serta kepimpinan Umno setiap peringkat atas kemenangan pada pemilihan itu,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights