DRAMA terbitan kerajaan Selangor yang dibintangi pelakon popular Erra Fazira bakal menemui penonton pada 3 Mei ini di TV2.
Drama arahan Che Mie bertajuk Selalu Ada itu turut dibintangi pelakon seperti Sophia Albarakbah dan Syafie Naswip.
Bersiaran jam 9 malam, drama itu memaparkan mesej kekeluargaan dan cabaran tiga sahabat untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
Memetik Selangorkini, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Kebudayaan Borhan Aman Shah turut muncul dalam penampilan khas drama yang dilakonkan sekitar Sekinchan dan Shah Alam.
Drama berdurasi 45 minit itu turut dilakonkan bakat baharu, Zarul Iman yang menyelitkan pelbagai bentuk bantuan disediakan pentadbiran negeri kepada masyarakat berpendapatan rendah.
Sebelum ini, kerajaan Selangor pernah menerbitkan program Senandung Aidilfitri bagi mengisi sambutan raya berikutan pandemik Covid-19, tahun lalu. – Malaysiapost