EMPAT negeri dijangka tidak menerima taburan hujan sehingga jam 5 petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, negeri terbabit adalah Terengganu, Kelantan, Melaka dan Perlis.
Namun, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat luar biasa dan ribut petir akan melanda di beberapa negeri petang ini.
“Ribut petir dijangka di negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) manakala Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).
“Seterusnya, hujan lebat dijangka melanda seluruh kawasan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Johor, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol),” menurut kenyataan MetMalaysia di Facebook.
Bagi Sarawak pula MetMalaysia berkata, angin kencang dijangka berlaku sekitar Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis) manakala Sabah di Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu). – Malaysiapost