Hentikan laporan mengelirukan tentang kiblat – Sultan Selangor

ISU penentuan arah kiblat mendapat perhatian serius Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. 

Baginda memandang serius isu yang diterbitkan sebuah akhbar perdana dan tular di media sosial baru-baru ini. 

Menurut kenyataan Pejabat Istana Selangor di Fecebook, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu mana-mana pihak termasuk media membuat laporan kurang tepat yang boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat dan mencalarkan imej Islam.

“Isu penentuan arah kiblat yang diterbitkan 
Baginda telahpun menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk memberi penjelasan berhubung ketetapan penentuan arah kiblat khususnya membabitkan masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Selangor,” katanya. 

Terdahulu, MAIS dalam  kenyataan hari ini menegaskan laporan akhbar tersebut hanya merujuk kepada penentuan arah kiblat kediaman sahaja berdasarkan permohonan khidmat penentuan arah kiblat bagi rumah kediaman.

Menurut MAIS, laporan tersebut sama sekali tidak berkaitan dengan penentuan arah kiblat masjid dan surau di Negeri Selangor. 

MAIS menegaskan, arah kiblat masjid dan surau sedia ada di Selangor telah disemak dan diperakukan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights