Lelaki maut terkena renjatan elektrik

SEORANG lelaki ditemui maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam sebuah lurang (manhole) di susur keluar Laguna Park, Pulau Indah, di Pelabuhan Klang, petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.04 petang, sebelum bergegas ke lokasi, lapor Harian Metro.

“Bomba mendapati mangsa yang berumur 30-an dalam keadaan terbaring berada di dalam lurang itu.

“Siasatan mendapati, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik,” katanya.

Beliau berkata, bomba terpaksa menghubungi dan mendapatkan bantuan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan kawasan selamat serta tiada arus elektrik sebelum mengeluarkan mangsa.

“Pada 11.45 malam tadi, pihak TNB menutup arus elektrik berkuasa 33KV dan mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba dengan bantuan kontraktor TNB dengan menggunakan jengkaut pada 12.15 tengah malam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights