PM ziarah Musa Hitam

PM ziarah Musa Hitam

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Tun Musa Hitam dan keluarga, semalam.

Anwar memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebooknya, turut mendoakan agar Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri segera sembuh.

Perdana Menteri berkata, beliau juga kesempatan bertukar pandangan dengan Musa berhubung pelbagai isu semasa dalam kunjungan berkenaan.

“Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menziarahi Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan keluarga.

“Kami berdua sempat bertukar pandangan terkait pelbagai isu mutakhir ini,” katanya.

Baru-baru ini, Musa, 89, dilaporkan menjalani pembedahan otak selepas terjatuh ketika berkebun.

Sementara itu, Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA), Tan Sri Mohd Annuar Zaini, berkata Musa kelihatan semakin ceria ketika menziarahi rumahnya petang senamalam.

“Alhamdulillah, bunyinya (suara) sangat ceria setelah melalui pembedahan otak yang berjaya. Sama-sama kita doakan agar beliau cepat sembuh,” katanya. – Malaysiapost

Komen