Polis belum terima laporan rasuah seks Exco Melaka

POLIS mengesahkan masih belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan seorang Exco kanan Melaka yang dikaitkan dengan skandal rasuah seks.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan polis membabitkan dakwaan itu.

Beliau berkata, ia termasuk tiada laporan diterima daripada individu yang dituduh ataupun dibuat pihak lain mengenai perkara itu.

“Saya hanya boleh sahkan belum menerima apa-apa laporan polis mengenai isu ini,” katanya.

Terdahulu, Exco Kanan Melaka, Datuk Rais Yasin menafikan dirinya terlibat dengan klip video dan tangkap layar WhatsApp berkaitan skandal rasuah seks melibatkan seorang wanita yang tular.

Beliau turut menyifatkan isu itu sebagai satu yang direka oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier politiknya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights