Akaun Telegram dengan nama ‘Edisi Siasat’ sebar info palsu

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjelaskan akaun Telegram dengan nama ‘Edisi Siasat’ menyebarkan maklumat palsu.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai agar jangan terpedaya dengan maklumat yang disebarkan menerusi akaun Telegram tersebut.

“Sekali baca pun boleh nampak ‘kenyataan media’ ini salah format dan direka-reka pihak yang benci Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau turut berkongsi tangkap layar satu kenyataan media dikeluarkan di akaun Telegram Edisi Siasat kononnya oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar
berhubung isu Himpunan Madani.

Sementara itu Harapan Daily melaporkan, Ketua AMK Kedah, Dr Taufiq Johari berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan dan sudah membuat penafian dakwaan tersebut dalam akaun rasmi sayap parti.

“Tidak benar kenyataan itu, official AMK dah buat kenyataan yang mana kita pun tak tahu dari mana sumber terbabit.

“Saya juga telah mengesahkan daripada Ketua AMK Alor Setar dan mereka juga menafikan kenyataan tersebut,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights