Aksi gelak sakan Sanusi tarik perhatian netizen

KEHADIRAN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di sebuah hotel di Alor Setar semalam, mencuri tumpuan ramai pihak termasuk warga netizen.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Muhamad Sanusi memuatnaik tujuh keping foto di meja santapan VIP bersama Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah, kesemua foto berkenaan menyaksikan aksi ‘gelak sakan’ Muhamad Sanusi yang dilihat turut beramah mesra bersama Anwar di meja makan berkenaan.

“Mengiringi Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri Malaysia Madani,” tulisnya pada ruangan kapsyen berserta emoji ketawa.

Hantaran berkenaan menerima lebih 6,000 tanda suka, serta 734 komen netizen yang rata-rata memuji sikap profesional Muhammad Sanusi mengenepikan perbezaan fahaman politik ketika hadir di majlis terbabit.

“Seady MB, sekalipun perbezaan fahaman politik. Tapi tak semestinya perlu bermusuh. Jagalah siratulrahim, InsyaAllah.

“Power Sanusi, hang boleh duduk dengan Anwar berbual macam tak dak masalah. Steady, MB Kedah terbaik.

“Alhamdulillah.. drama kali ni aku menghormati kehebatan cara pemikiran Sultan Kedah dalam menyatukan balik perbalahan antara dua darjat,” antara komen netizen.

Semalam, Muhammad Sanusi hadir ke majlsi Rumah Terbuka Malaysia Madani bagi mengiringi Sultan Kedah yang dianjurkan di sebuah hotel di Alor Setar.

Muhammad Sanusi yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah dilihat ceria berbual dan bersalaman dengan Perdana Menteri serta kepimpinan tertinggi kerajaan Persekutuan.

Kehadiran beliau mencuri tumpuan selepas menyifatkan penganjuran rumah terbuka tersebut di Kedah dan lima negeri lain sebagai program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak wajar diadakan kerana melibatkan kos tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan menguar-uarkan langkah penjimatan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights