Anwar: Najib berhak mohon pengampunan

PERDANA Menteri, Datuk Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi menegaskan bahawa setiap orang yang disabitkan bersalah mempunyai hak untuk mendapatkan pembebasan dengan memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.

Anwar yang juga Penngerusi Pakatan Harapan (PH), berkata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhak memohon pengampunan.

Anwar yang juga Lembaga Pengampunan, berkata semua permohonan akan dibicarakan tanpa prejudis.

“Seperti yang saya katakan, setiap orang atau banduan yang disabitkan bersalah mempunyai hak untuk merayu dan kita perlu mengambil kira kes itu dan menyemaknya dengan penuh belas kasihan, secara profesional tanpa prejudis.

“Ini adalah pendirian yang kami ambil,” katanya kepada wartawan di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun Anwar berkata isu pengampunan diraja yang dikemukakan Najib tidak dibincangkan dalam sesi mesyuarat sebelum ini bersama Yang di-Pertuan Agong.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights