‘Jangan layan pengigau cuba jatuhkan kerajaan’ – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan, namun menyifatkan ia tidak berasas.

Sebaliknya, beliau meminta semua jentera kerajaan memberi tumpuan penuh kepada tugas utama iaitu membangunkan negara dan rakyat.

“Komplot ada tetapi tidak ada asasnya.Kita tumpu kerja. Dia tiada komplot, dia (mereka) nak kerja apa. Justeru, mereka jalankan tugas mereka maka, kita jalankan tugas kerajaan.

“Setiap bulan mereka ada strategi. InsyaAllah, setakat yang kita pantau keadaan (Kerajaan Perpaduan) cukup kuat.

“Apa yang penting, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta lain-lain cukup kuat dan jelas, jadi kita tumpu kerja.

“Jangan layan pengingau-pengingau ini,” katanya selepas Sambutan Hari Pekerja 2023, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan desas-desus 10 Ahli Parlimen terbabit dalam komplot menggulingkan kerajaan.

Mereka didakwa akan meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights