Kapal Pengawal Pantai China Menyekat Kapal Peronda Filipina

Dr Danial Azman

ADAKAH Malaysia bakal mendapat nasib yang sama? China sudah melampau. Ya itu mungkin kata kata yang paling sesuai untuk mengambar situasi yang berlaku di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

China semakin lama semakin radikal dan agresif dalam tindak tanduknya di laut China Selatan.

China bukan sahaja ingin meluaskan kawasan jajahannya tetapi China sudah menceroboh, menganggu, menggugat dan melakukan onar di kawasan Laut China Selatan sehingga menyukarkan aktiviti ekonomi dan seharian penduduk di kawasan setempat.

China telah menambak tanah di Kepulauan Spratly yang dijadikan sebuah pulau kem pertahanan lengkap dengan pelbagai senjata, kapal maritim perang serta kapal jet pejuang.

Malah kapal kapal China ini sering menganggu kapal kapal lain dengan cara mengugut, menghalau dan cubaan serang kapal kapal yang lalu pada laluan tersebut.

Atas dasar itu, Amerika Syarikat juga sudah mula untuk masuk campur dalam isu Laut China Selatan dengan tujuan untuk meminimumkan kuasa dan dominasi China di kawasan tersebut.

Dominasi China yang tidak dihalang akan menyebabkan kuasa kuasa besar dunia yang lain akan tergugat kerana Laut China Selatan adalah laluan perdagangan yang paling sesak dengan nilai dagangan trillion US dollar.

Amerika Syarikat telah menawarkan bantuan serta kerjasama untuk mana mana negara ASEAN yang mahu untuk meminimumkan dominasi kuasa China di kawasan tersebut.

Filipina antara negara ASEAN yang sudah memulakan kerjasama tersebut. Filipina dan Amerika Syarikat sudah memeterai penjanjian untuk melakukan pemantau dan rondaan bersama.

Baru baru ini sebuah kapal Pengawal Pantai China menyekat kapal peronda Filipina yang membawa wartawan di perairan itu, menyebabkan kedua-dua kapal hampir berlanggar. Atas sebab insiden ini, Amerika Syarikat sudah menggesa China untuk tidak melakukan kelakuan provokatif dan tidak selamat.

Media dan wartawan itu menaiki bot sambil ditemani kapal pengawal hanya lah untuk melawat kawasan terumbu karang. Namun, aktiviti ini dianggap satu tindakan memberhaya dan menyebabkan China berkelakuan sebegitu.

AFP adalah salah satu daripada media media yang dijemput untuk menyertai dua kapal Pengawal Pantai Filipina dalam rondaan sejauh 1,670 kilometer (km) untuk membuat lawatan pulau dan terumbu karang di kawasan laut China Selatan.

Kapal peronda Filipina, BRP Malapascua dan BRP Malabrigo diintip rapat tentera laut China dan kapal pengawal pantai Filipina diarah meninggalkan perairan beberapa kali oleh kapal China dalam perjalanan selama enam hari itu. Daripada tragedi ini, Filipina semakin sedar dengan permainan China.

“Kami menyeru Beijing untuk menghentikan kelakuan provokatif dan tidak selamat,” kata Mathew Miller, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat sambil menambah sebarang serangan ke atas angkatan bersenjata Filipina bakal mencetuskan tindak balas AS.

Biden menyatakan, hubungan AS-China semakin lama semakin dingin, oleh itu Biden berusaha untuk mengukuhkan kedudukan di ASEAN dengan memberi bantuan kepada negara negara ASEAN. Dan Taiwan juga memberi kan kawasan kepentingan strategik yang khusus untuk membantu Amerika Syarikat.

Isu di Laut China selatan seolah tidak akan menemui jalan penyelesaian dalam masa terdekat. Malah keadaan sekarang semakin tegang dengan masuk campur Amerika Syarikat.

Oleh itu, rakyat berharap Malaysia tidak lagi memandang enteng isu ini dan mengambil tindakan segera untuk meminimumkan konflik dua kuasa besar dunia di lautan berdekatan dengan tanah air kita.

Kita bimbang dengan pendekatan PMX yang terlalu tunduk dengan kuasa besar Asia mampu menggadaikan perairan negara.

Penulis merupakan Penganalisis Antarabangsa

(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan tidak mencerminkan pendirian Malaysiapost)

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights