PENUMPANG yang menaiki Transit Aliran Massa (MRT) terkejut apabila hantu bungkus atau pocong turut sama menaiki pengangkutan awam tersebut.
Bagaimanapun kehadiran pocong itu tidak menakutkan para penumpang, sebaliknya gelagatnya telah mencuit hati mereka.
Aksi pocong yang mengantuk itu dikongsi pelayar aplikasi TikTok yang dikenali sebagai @xyzlvyou.
Menerusi video tersebut, kelihatan ‘pocong’ tersebut sedang duduk sambil tersengguk-sengguk kerana mengantuk.
Klip video tersebut menjadi tular di aplikasi TikTok dengan tontonan lebih 35,000, 2,855 tanda suka dan 21 komen.
Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat individu yang memakai kostum ‘pocong’ itu.
“Pocong ni mesti dah penat melompat kan,”
“Sepatutnya tanya dekat dia (pocong), sentuh ‘gate’ macam mana? ke main melompat,”
“Cuba kau pergi tanya ‘pocong’ tu, okey ke tak okey,” kata netizen. – Malaysiapost