Ahmad Shapawi diserang angin ahmar

KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail kini dirawat Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang akibat serangan angin ahmar ringan.

Berita itu dikongsikan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang berkesempatan menziarahinya di hospital.

“Didoakan semoga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia, Datuk Ahmad Shapawi Ismail semoga lekas sembuh selepas mendapat serangan angin ahmar ringan (mild stroke).

“Alhamdulillah beliau kini mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM Serdang dan ceria serta ada tanda-tanda semakin pulih,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Khairy juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Shapawi, seluruh warga MSN dan Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) serta khususnya, kesemua barisan atlet Malaysia yang terlibat dalam temasya Sukan SEA Kemboja 2023 yang akan bermula lusa. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights