Jawatankuasa Pro-Tem kaji keperluan SPRM bawah seliaan EAIC

BEBERAPA cadangan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) antara diteliti dalam sesi perbincangan pengukuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pertama, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sesi itu membincangkan mandat Perdana Menteri mengenai cadangan mewujudkan badan bebas baharu dan/atau pengukuhan EAIC bagi memantau salah laku agensi penguatkuasaan.

“Antara perkara dibincangkan adalah penubuhan Jawatankuasa Pro-tem yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 19 April 2023.

“Jawatankuasa Pro-tem ini akan, antara lain mengkaji keperluan memasukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai salah sebuah agensi penguatkuasaan yang disenaraikan di bawah seliaan EAIC,” katanya menerusi kenyataan.

Mesyuarat turut dihadiri Pengerusi EAIC, Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

EAIC ditubuhkan melalui Akta 700 yang telah diwartakan pada 3 September 2009 dan mula berkuat kuasa pada 1 April 2011.

Ketika ini, terdapat 21 agensi penguatkuasaan disenarai di bawah Jadual Akta 700 dan pemakaiannya kepada SPRM telah dikecualikan melalui peruntukan di bawah subseksyen 1(5) Akta 700. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights