OPR naik, kini 3 peratus

JAWATANKUASA Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya hari ini membuat keputusan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus.

Kadar siling dan lantai koridor OPR turut dinaikkan, masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

BNM dalam kenyataan berkata, dengan prospek pertumbuhan domestik kekal berdaya tahan, MPC menilai bahawa adalah tepat pada masanya untuk menormalkan lagi tahap akomodasi kewangan.

“Dengan keputusan ini, MPC telah menarik balik rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis Covid-19 dalam menggalakkan pemulihan ekonomi.

“Memandangkan ekonomi Malaysia terus kukuh, MPC mengiktiraf keperluan untuk memastikan bahawa pendirian dasar monetari adalah sesuai untuk mengelakkan risiko ketidakseimbangan kewangan masa hadapan.

“Pada tahap semasa, pendirian dasar monetari adalah sedikit akomodatif dan kekal menyokong ekonomi dan MPC akan terus memastikan bahawa pendirian dasar monetari kekal konsisten dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights