Pecahkan ‘dinding’ perbezaan dalam Kerajaan Perpaduan – Dr Akmal

Pecahkan ‘dinding’ perbezaan dalam Kerajaan Perpaduan – Dr Akmal

SIFAT menghormati sesama sendiri dan memahami satu sama lain perlu dalam mengekalkan hubungan persahabatan terutama dalam kalangan pemimpin muda Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata barisan pemimpin muda Kerajaan Perpaduan juga harus memecahkan ‘dinding’ perbezaan dan mencari persamaan untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Orang muda bukan hanya perlu membaca dan memahami sejarah, tetapi apa lebih penting perlu melakarkan sejarah

“Untuk mengekalkan hubungan persahabatan, ia mesti bermula dengan sifat menghormati sesama sendiri dan memahami satu sama lain.

“Alhamdulilah kita pecahkan dinding perbezaan, kita mencari persamaan untuk masa depan Malaysia yang lebih baik,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, menghadiri majlis Aidilfitri bersama pemimpin muda Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal juga berkata, kini tiba masanya untuk barisan pemimpin muda negara mencorak masa depan Malaysia. -Malaysiapost

Komen