Pemandu E-Hailing kongsi kisah seram, penumpang ‘ghaib’ tinggalkan duit lama

Pemandu E-Hailing kongsi kisah seram, penumpang ‘ghaib’ tinggalkan duit lama

SEORANG pemandu E-Hailling di Sarawak tular selepas berkongsi peristiwa seram menerima penumpang ‘misteri’ di media sosialnya, semalam.

Pemilik akaun Facebook Ahsan Ismail memaklumkan, dia pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa apabila membawa seorang penumpang wanita yang berbaju kurung ke Samarahan, malam semalam.

Katanya, wanita itu yang hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan, selain turut membuat permintaan supaya tingkap kereta diturunkan dan dia akur dengan kehendak penumpang ‘misteri’ berkenaan.

“Dapat order dari Samarahan hantar ke tempat nya. Seorang perempuan bebaju kurung. Wangi.

“Memang tak ada syak apa-apa. Dari mula masuk kereta dia ‘request’ buka cermin (kereta). Nasib hujan tak lebat, tulisnya dalam hantaran itu.

Menurut Ahsan lagi, sejurus sampai ke destinasi dituju, dia memakumkan kepada penumpang itu namun lebih menyeramkan apabila wanita itu menghilang secara tiba-tiba.

Katanya lagi, lebih misteri wanita terbabit meninggalkan beberapa keping duit RM1 dan RM2 lama, berserta 5 sen dalam jumlah yang banyak.

“Sampai sahaja tempat (destinasi) saya bagitahu dah sampai, dia tiada bunyi (senyap). Sekali paling (pandang) belakang orangnya dah tiada.

“Tuhan je tahu rasanya time tu. Tapi tak apa. Tu adalah pengalaman paling berharga seumur hidup saya.

“Dia tinggalkan duit RM1, RM2 lama serta duit 5 sen banyak. Tak mampu nk naip (menaip) apa-apa dah. Jem. Thanks Allah,” katanya.

Dalam hantaran sama, Ahsan turut memuatnaik dua keping gambar kawasan perkuburan dan duit yang ditinggalkan penumpang misteri berkenaan.

Hantaran yang dimuatnaik malam tadi itu, mendapat perhatian netizen dengan rata-rata menyifatkan pengalaman Ahsan sebagai paling seram pernah dikongsi oleh pemandu E-Hailing.

“Masa kat Langkawi, pakcik Grab pernah cerita dia dapat daun. Customer tu naik diam ja, laluan Bukit Malut.

“Dia kata atas pukul 11 malam biasa dia stop Grab arah laluan tu. Sebab kawasan mengusik,” kata Alias Mastura.

“Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian,” tulis Ryzal Ismail.

Namun, ada juga netizen yang menyifatkan perkara itu sebagai ‘tidak masuk akal’ kerana tempahan grab perlu menggunakan aplikasi melalui telefon bimbit.

“Benda boleh terbang free, buat apa nak naik Grab. Mungkin penat rasanya dia terbang.

“Jenuh asyik terbang je… Sesekali nak jugak naik Grab,” antara komen netizen. – Malaysiapost

Komen