Osman Safee
SEBELUM ini satu dunia tahu Qualcomm yang merupakan pengedar dan pembekal semikonduktor, perisian, software dan teknologi servis jaluran tanpa wayar (wireless).
Syarikat ini memiliki paten kepada 5G, 4G, CDMA2000, TD-SDCMA dan WCDMA. Qualcomm mengedar teknokogi kepada seluruh dunia termasuklah China.
Pun begitu, tahun kebelakangan ini, disebabkan perang dingin Amerika Syarikat-China, AS telah memberi sekatan mengenai 4G, wifi dan AI chips.
Disebabkan perkara ini, Huawei komited untuk mencipta dan membangunkan semikonduktor yang kurang kompleks tetapi lebih efektif.
Walaupun usaha ini tampak bagus, Huawei tidak pernah bertujuan untuk membina bahan yang mampu memenuhi untuk dinaik taraf ke CPU yang lebih tinggi.
Huawei serta ZTE sudah mula untuk menghasilkan cip sendiri bersaiz 12nm dan 14nm processing. Malah penghasilannya dianggarkan dalam skala besar besaran.
Tambahan pula, Huawei sudah mempunyai teknologi semikonduktor memandangkan Hisilicon telah lama bersaing Mediatek dan Qualcomm dalam penjualan cip.
Selain itu, Huawei juga secara agresif membangunkan teknologi 5G. Malah, menurut Global 5G Standard Essential Patent and Standard Proposal Research Report, Huawei menduduki tangga pertama dalam teknologi 5G dengan mendedahkan Huawei mempunyai 9000 patents.
Tindakan agresif dan radikal Huawei serta ZTE mengeluarkan teknologi semikonduktor, cip dan 5G secara besar besaran menganggu syarikat syarikat pembekal teknologi yang sama di seluruh dunia. Pengeluaran skala gergasi ini merosakkan kitaran ‘supply dan demand’ bekalan ini.
Kesannya, syarikat lain seperti Qualcomm di Amerika Syarikat mengalami kerugian. Qualcomm mengalami kerugian dengan penurunan jualan sebanyak 12.9%. Jualan saham Qualcomm juga turut turun 37.2% semenjak Indeks S&P 500 memuncak.
Kesannya, Qualcomm terpaksa melakukan pemecatan ataupun ‘retrenchment’ pekerja secara berfasa untuk memastikan survivaliti syarikat. 5% ataupun 1,500 pekerja akan dibuang pada fasa pertama ‘retrenchment’.
- Apa kesan Qualcomm ini kepada Malaysia? Qualcomm merupakan antara pembekal utama teknologi kepada syarikat syarikat telco di Malaysia seperti Umobile dan Maxis. Pengurangan kerja serta operasi ini akan menganggu bekalan teknologi kepada syarikat di Malaysia.
Perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pentadbirannya perlu mengambil langkah berjaga-berjaga. Penganalisis rata rata mengatakan China akan bermula untuk menguasai satu satu industri seperti automotif, telekomunikasi dan lain lain sebagai satu satu langkah untuk menguasai dunia.
Penulis merupakan pelajar Sarjana Hubungan Antarabangsa
(Artikel ini disiar tanpa suntingan dan tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)