‘Jangan jadi wakil rakyat yang muncul hanya ketika pilihan raya’ – Dr Akmal

KETUA Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh meningatkan semua wakil rakyat supaya tidak bersikap malas kerana tugas berkenaan tidak mempunyai istilah ‘cuti’.

Beliau berkata, wakil rakyat tidak sepatutnya hanya muncul ketika musim pilihan raya bagi memancing undi rakyat semata-mata.

“Jadi wakil rakyat jangan malas,jangan hanya muncul ketika pilihan raya saja. Cuti ke raya ke, kerja tetap jalan macam biasa,” tulisnya menerusi Facebook.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau berkata, wakil rakyat yang mempunyai sikap malas sewajarnya ‘direhatkan’ dalam pilihan raya akan datang

“Kalau ada wakil rakyat yang malas, pastikan pilihan raya yang akan datang kita bagi dia ‘berehat’ selamanya tidak kira apa pun parti dia.

“Belakang rumah orang, dalam rumah orang, tepi sungai, tepi longkang itulah pejabat sebenar wakil rakyat,” katanya.

Dalam hantaran sama, Dr Muhamad Akmal turut memuat naik beberapa keping foto beliau menyantuni penduduk pelbagai kaum, termasuk meninjau jalan rosak.

Untuk rekod, Dr Muhammad Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, menang dengan majoriti 3,248 di DUN Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-14. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights