Wanita ditahan buat amang seksual terhadap anak lelaki

SEORANG wanita dicekup selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelaki berusia 14 tahun di Puncak Alam, Selangor kelmarin.

Suspek yang berusia 33 tahun ditahan selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor berhubung video lucah hubungan seks antara wanita itu dan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata siasatan mendapati mangsa merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik dan kejadian amang seksual itu berlaku pada November tahun lalu.

Katanya, suspek terdahulu telah membuat oral seks sebelum menyuruh mangsa melakukan hubungan seks dengannya di sebuah bilik di rumah mereka.

“Suspek juga telah merakam hubungan seks tersebut menggunakan telefon bimbit sendiri. Bagaimanapun polis telah merampas gadjet yang digunakan itu, manakala mangsa telah diserahkan kepada pihak JKM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ramli berkata, ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek mendapati adalah negatif.

“Suspek direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights