“Dah batal ke pekeliling ini? – Fadhli Shaari

KETUA Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan persoalan mengenai pekeliling Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini yang tidak membenarkan nama-nama pembesar yang masih hidup dinamakan bagi bangunan atau tempat.

Tidak merujuk kepada mana-mana pihak atau bangunan tertentu, Ahli Parlimen itu bagaimanapun dipercayai merujuk kepada pengumuman Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu yang kini dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman.

“Dah batal ke pekeliling ini?” soalnya yang turut memuatnaik di laman Facebooknya surat pekeliling am tahun 1988 itu mengenai peraturan bagi menamakan bangunan, tempat, sistem dan sebagainya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena lawatan kerja rasmi beliau ke MRSM itu semalam, mengumumkan perkara berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sebagai Ketua Menteri Sabah, Musa telah banyak berjasa untuk Sabah, malah merupakan antara individu penting dalam usaha mewujudkan MRSM Kota Kinabalu 21 tahun lalu.

Menurutnya, sebagai sahabat beliau harus mengiktiraf Musa, maka dengan itu MRSM Kota Kinabalu kini diumumkan sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman.

Musa, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, merupakan Ketua Menteri Sabah ke-14 yang berkhidmat antara 27 Mac 2003 hingga 11 Mei 2018. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights