Jokowi mangsa terbaru jerat hutang China?

Aiman Hanif

MEDIA Barat sebelum ini memberi amaran “perangkap hutang” kepada negara membangunkan infrastruktur mereka melalui Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dipromosi China sejak tahun 2008.

Sejak 2008 hingga 2021, sebanyak 22 negara membangun didakwa telah menjadi “mangsa” negara China selepas gagal membayar komitmen hutang berjumlah AS$240 bilion untuk kerja pembangunan infrastruktur di negara terbabit.

“Perangkap hutang” merupakan modus operandi China dalam meluaskan hagemoni dan pengaruh mereka adalah melalui jerat hutang.

China akan mendahulukan wang mereka untuk membina infrastruktur seperti pelabuhan, lebuh raya, lapangan terbang dan pengangkutan awam di nagara-negara membangun.

Projek-projek berskala mega ini akan mengikat komitmen negara yang terlibat untuk membayar balik pinjaman dalam tempoh puluhan tahun.

Hal ini yang membezakan strategi peluasan kuasa China dengan Amerika Syarikat (AS). China menawarkan insentif yang dilihat ‘menang-menang’ di atas kertas dengan janji untuk tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah negara.

Namun, China sebenarnya menggunakan wang mereka untuk membeli pengaruh.

Sekiranya negara peminjam berjaya melunaskan hutang, China tetap meraih keuntungan besar hasil kadar bunga yang tinggi.

Sekiranya gagal, negara berkenaan akan selamanya ‘berhutang’ dengan China.

Lihat sahaja pengaruh China di Afrika, benua yang dipenuhi pelbagai projek mega hasil wang China.

Negara-negara Afrika tidak menyokong usul Pertubahan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengecam pencabulan hak asasi manusi oleh China di Xinjiang, Tibet dan Hong Kong.

Selepas Afrika, kali ini giliran ASEAN pula untuk menyertai mereka di dalam jerat yang dipasang negara tembok besar itu.

Sejak beberapa tahun lalu, negara-negara ASEAN telah berhutang dengan China untuk membangunkan projek mega di dalam negara.

Indonesia sudah merasakan penangan perangkap tersebut.

Pada tahun 2015, China dan Indonesia telah bersetuju untuk membangunkan projek kereta api laju Jakarta-Bandung sepanjang 142km dengan kos asal berjumlah AS$6 bilion

Namun ketika di fasa-fasa akhir penyiapan, China menyatakan kos tambahan luar jangka yang diperlukan bagi menyelesaikan projek sebanyak AS$2 bilion.

Selepas rundingan dengan Indonesia, kos tambahan tersebut dikurangkan kepada AS$1.2 bilion, jumlah yang masih terlalu besar bagi negara membangun seperti Indonesia.

Projek kereta api laju ini kemudiannya bakal dilanjutkan untuk fasa 2, melibatkan jajaran sepanjang 700 kilometer dari Jakarta ke Surabaya.

Dengan kos yang mencecah puluhan bilion, tidak termasuk kos tambahan dan kadar bunga yang tinggi, Jokowi dibimbangi telah pun membawa Indonesia ke dalam jerat hutang.

Malaysia juga tidak terkecuali menerima pelaburan dari China melalui BRI.

Namun, kerajaan memberi keyakinan bahawa Malaysia tidak akan termasuk dalam ‘perangkap hutang’ negara berkuasa besar itu.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights