Umno Sabah akan bangkit, jadi pilihan utama penduduk Negeri di Bawah Bayu

DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail yakin Umno Sabah yang pernah mengetuai pentadbiran negeri itu sebelum ini, akan kembali menjadi pilihan utama rakyatnya.

Naib Presiden Umno itu berkata, beliau juga yakin Umno Sabah yang kini dipimpin Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan kembali bangkit selepas berdepan pelbagai cabaran sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, Kewujudan Umno di Sabah sejak 32 tahun lalu merupakan faktor penting kepada pengukuhan hubungan antara rakyat Malaysia di Semenanjung dan negeri tersebut.

“Memenuhi jemputan selaku Naib Presiden, saya hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah hari ini (semalam).

“Melihat kepada sambutan dan kemeriahan pada majlis tadi, saya merasakan bahawa Umno Sabah pastinya akan bangkit dan masih menjadi pilihan utama rakyat di negeri tersebut untuk bergantung harap,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Untuk rekod, kerajaan Sabah kini dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Umno mula bertapak di Sabah pada tahun 1991 bermula di Kota Belud menerusi pilihan raya kecil. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights