PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam mengetuai pimpinan parti itu menziarahi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Kota Kinabalu.
Difahamkan, Hajiji baru keluar dari hospital bagi menjalani pembedahan.
Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ziarah tersebut dibuat sebelum Ahmad Zahid berlepas pulang dari Kota Kinabalu selepas hadir Majlis Aidilfitri Badan Perhubungan Umno Sabah.
Turut hadir menziarah Hajiji ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
“Moga Allah berikan kesembuhan yang sempurna buat beliau,” tulis Asyraf Wajdi di Facebooknya. – Malaysiapost