MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan beliau terbabit dalam skim pelaburan patuh syariah termasuk mempromosikannya seperti poster yang tular di media sosial.
Fahmi berkata, beliau tidak pernah mempromosi mana-mana skim pelaburan serta menyifatkannya sebagai palsu.
“Saya menerima tangkap layar ini sebentar tadi. Ini adalah Palsu
“Saya tidak pernah mempromosi mana-mana skim pelaburan seperti ini. Saya telah laporkan pada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” katanya menerusi Facebook.
Beliau berkata demikian merujuk satu poster yang tular mengenai promosi skim pelaburan patuh syariah yang turut memaparkan foto beliau.
Dalam pada itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah meminta orang ramai yang melihat apa jua iklan palsu dan pelaburan berunsur penipuan dalam supaya melaporkannya di portal aduan SKMM iaitu https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1. – Malaysiapost