Sharnaaz Ahmad ‘standby’ masuk rumah orang tua kalau tiada jodoh

Sharnaaz Ahmad ‘standby’ masuk rumah orang tua kalau tiada jodoh

PELAKON, Sharnaaz Ahmad hari ini tampil memberi penjelasan berhubung kenyataan yang dia tidak mahu bakal teman wanitanya dalam kalangan artis.

Ia berikutan kenyataannya yang dikongsi menerusi Instagram miliknya sebelum ini telah disalah anggap sesetengah pihak.

Sharnaaz menjelaskan dia tidak mencari pasangan hidup, sebaliknya menyerahkan segala urusan jodoh kepada Allah.

Beliau bagaimanapun menegaskan bakal isterinya nanti bukan seorang pelakon.

“Sebab posting aku nak cari pasangan bukan di kalangan artis, rata-rata sudah salah anggap.

“Aku tak mencari, kalau Allah dah tentukan aku ni ada bini, aku terima, Jebat (anak tunggal) ada ibu baru yang pasti bukan pelakon!” katanya.

Pelakon filem KL Gangster berkata, dia sudah membuat persediaan awal dengan menyediakan tabung untuk menghuni rumah orang tua sekiranya tidak bertemu jodoh.

“Kalau takdak (tiada jodoh), aku dah standby tabung rumah orang tua mewah punya, pakai jaket bulu warna merah sambil isap cigar, tengok hujan rintik ikut tingkap.

“Ada juga member boleh main dam aji, takpun snuker lucky ball,” katanya.

Semalam, aktor berusia 38 tahun itu memuat naik kenyataan di Instastory memberitahu dia tidak mahu bakal temannya dalam kalangan artis atau pun pelakon.

Selain itu, katanya, dia juga mahu mencari seorang wanita yang sederhana sebagai teman hidupnya.

Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun. – Malaysiapost

Komen