Watie kini tunang Shuib

Watie kini tunang Shuib

PELAWAK dan penyampai radio, Shuib sah bertunang dengan pilihan hatinya, usahawan Watie Hanifiah, hari ini.

Majlis tersebut berlangsung di kediaman Watie di Shah Alam yang turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, meminang Watie dengan membawa tiga buah dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang hantaran daripada pihak wanita.

Antara barangan hantaran tersebut adalah seperti sirih junjung, buah-buahan, dan manisan.

Pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Jun ini.

Sementara itu, Shuib menerusi Instastory miliknya mengesahkan berita pertunangannya dengan Watie.

Beliau yang menggayakan sepasang baju Melayu lengkap bersampin rona hijau pucuk pisang memohon doa peminatnya supaya dipermudahkan urusan mereka berdua.

“Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah saya baru sahaja melangsungkan pertunangan bersama Watie.

“Jadi, saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan, Doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya.

Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Siti Sarah bagaimanapun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19. – Malaysiapost

Kredit Foto Gempak

Komen