Cadangan tambah caruman KWSP 20 peratus belum dibincang – PM

KERAJAAN belum berbincang mengenai cadangan menaikkan kadar caruman majikan terhadap pekerja di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 20 peratus, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tak bincang pun lagi, tak bincang… belum bincang,” katanya ringkas.

Beliau ditemui kmedia selepas merasmikan Menara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kwasa Damansara, Sungai Buloh, hari ini.

Ketika ini majikan mencarum sebanyak 13 peratus berbanding cadangan ia dinaikkan kepada 20 peratus baru-baru ini.

Pada 1 Mei, Anwar bekata cadangan supaya kadar caruman KWSP bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini akan dibincang kerajaan.

Jelasnya, cadangan itu sudah dikemukakan, tetapi belum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Sebelum itu, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyenaraikan cadangan tersebut dalam 12 syor untuk dipertimbang kerajaan, termasuk kajian semula umur bersara wajib. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights