MARA komited perkasa agenda Bumiputera – Asyraf Wajdi

MARA komited perkasa agenda Bumiputera – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) komited mengembalikan semula beberapa instrumen Bumiputera seperti yang digagaskan oleh Kongres Ekonomi Bumiputera 1965.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata namun usaha itu harus dilakukan secara strategik dan lestari demi mencapai impak yang berpanjangan.

“Hasrat dan impian Allahyarham Tun Abdul Razak dalam agenda pembangunan Bumiputera sama ada melalui MARA dan lain-lain badan akan kita realisasikan secara bersama. Kita harus pecahkan budaya kerja bersendirian!,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Terdahulu, Asyraf yang juga Setiausaha Agung Umno menerima kunjungan deligasi Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang diketuai oleh Datuk Dr Hasan Mad.

“Alhamdulillah, minggu baru ini dimulakan dengan menyantuni kunjungan mesra beberapa pihak di Pejabat Pengerusi MARA.

“Pagi ini, saya menerima kunjungan mesra deligasi MPM yang diketuai oleh Datuk Dr Hasan Mad.

“Secara peribadi, saya mengagumi Datuk Dr Hasan Mad atas komitmen dan konsistensi beliau bersama MPM dan agenda pembangunan Bumiputera Nasional,” katanya. – Malaysiapost

Komen