Hafidz Roshdi lapor polis dakwa isteri gugurkan kandungan

PELAKON Hafidz Roshdi, mengakui sedih apabila dimaklumkan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, mengalami keguguran pada 23 April lalu.

Berikutan itu, Hafidz membuat laporan polis bagi siasatan lanjut berkaitan perkara berkenaan.

“Saya sedih terima berita Nurul Shuhada alami keguguran anak ketiga pada 5 Mei lalu.

“Sekarang semuanya dalam siasatan sebab saya sudah membuat laporan polis mengenai keguguran ini.

“Jadi, saya berharap semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai laporan polis dibuat, Hafidz mendakwa, dia pernah menerima mesej Nurul Shuhada yang meminta izin untuk menggugurkan kandungannya.

“Saya dapat tahu mengenai kehamilan selepas Nurul Shuhada menghantar mesej. Dalam kiriman WhatsApp, Nurul Shuhada memberitahu dia mahu menggugurkan kandungan.

“Jadi, saya buat laporan polis berkaitan perkara itu.

“Tetapi tahu-tahu sahaja, Nurul Shuhada sudah keguguran. Bila dapat tahu keguguran, saya terpaksa membuat laporan untuk polis buat siasatan,” dakwanya.

Hafidz mendakwa, dia pernah menghalang Nurul Shuhada meneruskan hasratnya untuk menggugurkan kandungan.

“Nurul Shuhada minta saya duit untuk kos pengguguran. Saya tak tahu sebab tiada bukti resit atau hospital. Jadi, saya kena tahu mengenai itu.

“Saya tak setuju Nurul Shuhada gugurkan kandungan. Saya sudah menghalangnya dan cakap, jangan gugurkan. Jaga baik-baik (kandungan) sebab saya akan bertanggungjawab,” dakwanya lagi

Pagi tadi adalah prosiding bagi sebutan pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadap isterinya, Nurul Shuhada, bagaimanapun mahkamah menetapkan 20 Jun sebagai tarikh baharu untuk prosiding seterusnya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights