KEAHLIAN Muafakat Nasional (MN) Selangor kini mencecah 5,000 orang, kata Tan Sri Annuar Musa.
Presiden MN itu memaklumkan demikian selepas menerima kunjungan pimpinan dan ahli badan perhubungan MN Selangor ke Ibu Pejabat MN semalam.
Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Annuar turut mengucapkan tahniah kepada MN Selangor kerana telah mempunyai rangkaian yang luas.
“Harap kita mula tumpukan kepada aktiviti memupuk budaya politik dan kenegaraan yang lebih segar dan berwibawa berteraskan nilai masyarakat pelbagai kaum,” katanya. – Malaysiapost