Nurul Shuhada keguguran ketika usia kandungan 14 minggu

Nurul Shuhada keguguran ketika usia kandungan 14 minggu

ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mengesahkan mengalami keguguran ketika usia kandungannya 14 minggu.

Menerusi video dikongsi di Hlive, Nurul Shuhada berkata punca keguguran mungkin disebabkan tekanan dihadapinya, lapor Astro Gempak.

“Shu nak khabarkan satu berita sedih, Shu mengalami keguguran baru-baru ini atas sebab satu, Allah dah takdirkan Shu tak dapat teruskan kandungan ini.

“Kedua Shu memang tak dapat nak kawal stres, Shu dah tak makan Shu punya ubat antri depresi. Jadi salah satu sebab juga kenapa Shu tak dapat teruskan kandungan Shu.

“Shu alami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu. Shu minta doa yang baik-baik untuk Shu dan anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Shu berkata dia memaklumkan perkara itu susulan ada dakwaan menuduhnya melakukan pengguguran secara haram.

“Tujuan Shu beritahu berita sedih ini sebab tak nak perkara sama berulang. Sebab saya baru saja dapat berita dituduh sengaja melakukan keguguran secara haram.

“Jadi untuk elakkan lagi fitnah, pendapat daripada ahli keluarga dan peguam, Shu sepakat untuk keluarkan khabar berita yang sedih ini,” katanya.

April lalu, Nurul Shuhada mendedahkan dia hamil anak ketiga dan usia kandungannya sudah mencecah 10 minggu. 

Katanya, tindakannya berkongsi mengenai berita kehamilan itu untuk mengelakkan fitnah. – Malaysiapost

Komen