PM akui tersentuh tonton filem Anwar: The Untold Story

PM akui tersentuh tonton filem Anwar: The Untold Story

“SEJUJURNYA saya tersentuh dengan filem ini yang mengangkat kisah perjuangan politik saya,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menonton filem lakonan Farid Kamil itu buat kali pertama bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, keluarga dan rakan-rakan sempena tayangan perdana semalam.

Menurut Anwar yang juga pengasas perjuangan reformasi bermula September 1998, filem itu juga mengingatkan beliau tentang perit dan beban yang ditanggung Wan Azizah, anak-anak dan teman.

“Walau keseluruhan dialog dan penceritaan tidak sama secara total, namun isu yang dibangkitkan dalam karya berkenaan adalah kejadian sebenar.

“Salut saya buat pasukan produksi yang pintar dan hebat kerana mampu meringkaskan penceritaan selama puluhan tahun kepada filem berdurasi kira-kira 90 minit,” katanya. – Malaysiapost

Komen