POLIS mengesahkan menerima dua laporan daripada pelakon Hafidz Roshdi berhubung keguguran dialami isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan pada 17 April dan 6 Mei lalu.
“Tiada sebarang siasatan dibuat ke atas dua laporan polis berkenaan dan ia sudah dirujuk kepada Mahkamah Syariah kerana kes berkaitan dengan isu ini masih berjalan.
“Sekiranya benar seperti dakwaan pengadu, satu laporan polis harus dibuat bagi siasatan lanjut dijalankan bersama maklumat berkaitan dengan laporan itu akan dimajukan kepada kawasan di mana keguguran dilakukan.
“Bagaimanapun, sebarang perkembangan akan dimaklum semula,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Hafidz selepas prosiding sebutan semula kes cerai terhadap isterinya memaklumkan bahawa dia membuat dua laporan polis terhadap Nurul Shuhada, mendakwa isterinya menggugurkan anak ketiga mereka. – Malaysiapost