‘Selamat Datang Coldplay’ – PM

‘Selamat Datang Coldplay’ – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan kumpulan rock popular Britain ke Malaysia pada November ini.

Menerusi ciapan di Twitter, Anwar mengucapkan selamat datang kepada kumpulan muzik yang bakal mengadakan konsert sulung di negara ini.

“Selamat datang ke Kuala Lumpur,” ciapnya.

Ciapan Perdana Menteri itu disambut baik oleh netizen yang turut tidak sabar menantikan persembahan kumpulan popular itu.

Konsert Coldplay dijadualkan berlangsung pada 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain Malaysia, Coldplay dijangka beraksi di Jepun, Taiwan, Indonesia dan Australia.

Antara lagu popular Coldplay adalah Paradise, The Scientist, Fix You dan Yellow.

Tiket konsert Coldplay November di Kuala Lumpur akan mula dijual pada 17 Mei bermula jam 10 pagi. – Malaysiapost

Komen