TAN Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun berkuat kuasa 12 Mei 2023.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata ia diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Azam, 60, pertama kali dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Beebi Koya yang meletakkan jawatan.
Beliau sudah berkhidmat selama 36 tahun dengan SPRM, yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR).
Dilahirkan pada 12 Mei 1963 di Negeri Sembilan, Azam berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Selain itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens dari Universiti Malaya (UM) serta kelulusan Ijazah Sarjana dari Asia E-University. – Malaysiapost