Lelaki maut ditikam kerana tegur saiz payudara wanita

Lelaki maut ditikam kerana tegur saiz payudara wanita

GARA-GARA mengeluarkan perkataan tidak senonoh, seorang pengurus syarikat maut dalam pergaduhan di tempat letak kereta di Taman Kenanga, Tengkera, Melaka, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Melaka akibat parah ditikam di jantung.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian mangsa bersama beberapa rakannya datang ke gerai berkenaan dalam keadaan mabuk selepas selesai berhibur.

“Selesai makan, mangsa dikatakan bercakap dengan kawannya mengenai saiz payudara seorang pelanggan wanita di situ berusia 26 tahun yang kemudian ditegur lelaki berusia 27 tahun mendakwa dia adalah pengawal peribadi wanita terbabit.

“Keadaan menjadi tegang apabila berlaku tolak menolak dan tumbuk menumbuk antara mangsa, pengawal peribadi dan kekasih wanita itu berusia 36 tahun,” katanya.

Christopher berkata, polis kemudian menerima maklumat kejadian daripada orang awam jam 4.15 pagi dan pemeriksaan selepas itu mendapati mangsa dalam keadaan cedera dan tidak sedar.

“Lelaki itu di bawa ke Hospital Melaka oleh dua rakannnya menaiki sebuah pacuan empat roda sebelum doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Laporan bedah siasat menunjukkan, mangsa meninggal dunia akibat luka kesan tikaman pada jantung,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu polis menahan tujuh suspek berusia antara 25 hingga 38 tahun termasuk pengawal peribadi berkenaan serta teman wanita itu dan kekasihnya itu untuk membantu siasatan.

“Kita turut merampas pisau dan batang besi yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan tersebut.

“Permohonan reman terhadap semua suspek akan dibuat di Mahkamah Ayer Keroh, pagi ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Malaysiapost

Komen