Lelaki tular kencing di tempat ambil wuduk ditahan

Lelaki tular kencing di tempat ambil wuduk ditahan

SEORANG lelaki warga asing ditahan selepas disyaki berkelakuan jelik di tempat mengambil wuduk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bharu, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berusia 69 tahun itu ditahan sejurus kejadian selepas mendapat laporan jam 4.36 petang semalam.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod lampau dan saringan air kencing negatif,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Kamarul Zaman berkata, permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Johor Bahru dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai dinasihati agar tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik dan mengganggu-gugat ketenteraman awam,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 10 saat menunjukkan seorang lelaki berdiri di tempat mengambil wuduk, dipercayai sedang membuang air kecil sebelum ditegur seorang lelaki lain mengenai perbuatannya itu. – Malaysiapost

Komen