Konvensyen Kerajaan Perpaduan pentas pecah temboh perbezaan – Zahid

Konvensyen Kerajaan Perpaduan pentas pecah temboh perbezaan – Zahid

TARIKH 14 Mei ini pasti akan menjadi detik penting dalam mengukukuhkan perpaduan, memperkasa kolaborasi serta memperkemas hala tuju Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno berkata demikian merujuk kepada penganjuran Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia, Ahad ini.

Menurut Ahmad Zahid, konvensyen itu juga akan menjadi medan para pemimpin berkongsi informasi dan sudut pandang demi kepentingan rakyat.

“(Ia juga) Pentas untuk memecahkan tembok perbezaan dan mencari titik persamaan.

“Platform untuk diserlahkan kebersamaan agar kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Konvensyen yang pertama kali diadakan sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu itu bakal berlangsung di ‘rumah Umno’ iaitu di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini berkata, konvensyen itu bakal jadi titik tolak dalam mewujudkan persefahaman antara parti politik dan mempertahan kestabilan negara.

Ia bakal dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta presiden semua parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan. – Malaysiapost

Komen