MENTERI Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, menyampaikan watikah pelantikan kepada Timbalan Naib Canselor yang baharu bagi beberapa universiti tempatan hari ini.
Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, beliau berkongsi mengenai lantikan Timbalan-Timbalan Naib Canselor yang baharu itu.

Serahan watikah itu membabitkan Prof Dr Habibah A Wahab yang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) dan Prof Dr Shahril Yusof, yang kini dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Turut menerima watikah adalah Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman, sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Prof Ts Dr Edy Tonnizam Mohamad, sebagai Timbalan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua atas pelantikan ini.
“Semoga amanah yang diberikan ini dapat digalas dengan memberi sumbangan yang terbaik dalam usaha memartabatkan matlamat dan aspirasi institusi pendidikan tinggi negara,” katanya. – Malaysiapost