KEMENTERIAN Belia dan Sukan menjemput semua sayap pemimpin muda parti pembangkang menghadiri sesi libat urus Pembangunan Program Pendidikan Demokrasi di Putrajaya, pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari, yang memaklumkan menerima jemputan daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.
“Terima kasih saya ucapkan kepada YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang menjemput saya dan semua pimpinan pemuda parti-parti di Malaysia ke sesi libat urus Pembangunan Program Pendidikan Demokrasi di Putrajaya pagi ini.
“Semoga program yang sedang dirangka oleh KBS melalui I-Lead ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan penglibatan semua pemegang taruh belia di negara ini,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, dalam sesi pertama hari ini adalah melibatkan sayap pemuda parti pembangkang dengan sebahagiannya hadir secara atas talian.
“Sesi kedua pula melibatkan pemuda parti-parti komponen kerajaan,” katanya. – Malaysiapost