Bekas Ahli Parlimen Rembau pertama meninggal dunia

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Datuk Firdaus Muhammad Rom Harun, 73, meninggal dunia di kediamannya di Taman Paroi Jaya, Negeri Sembilan, tengah hari tadi.

Anak ketiga Allahyarham, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir jam 12.50 tengah hari.

“Arwah bapa mempunyai penyakit buah pinggang sebelum ini dan meninggal dunia di rumah pada tengah hari tadi.

“Allahyarham meninggalkan lima anak dan seorang cucu,” katanya.

Jenazah Firdaus dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Paroi di Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Allahyarham menjadi Ahli Parlimen Rembau yang pertama dari 2004 sehingga 2008 selepas kawasan Parlimen itu diwujudkan hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya, sebelum digantikan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chembong dari 1995 sehingga 2004, pernah menjawat jawatan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Mohamad Hasan dari 2008 hingga 2010 ketika Menteri Pertahanan itu mengetuai Kerajaan Negeri Sembilan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights