Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Ibu
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di Malaysia.
Ucapan Seri Paduka Baginda berdua dizahirkan menerusi poster Selamat Hari Ibu yang dimuat naik di Facebook rasmi Istana Negara hari ini.
“Selamat Hari Ibu. Ibu, suri hatiku,” demikian menurut catatan poster berkenaan.
Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun. – Malaysiapost